skip to main |
skip to sidebar
RINDU
Arinih dah masuk minggu ke-3 aku berpisah dengan isteri dan anak comelku. Demi tugas terpaksa jugaklah aku turutkan walaupun hati ni berat sangat nak berpisah. Maklumla perkahwinan aku pun baru menjangkau setahun 3 bulan. Anak perempuan comel aku tu pulak baru je nak masuk 5 bulan.
AlhamduliLlah mgu lepas aku dapat permisi (cabut lari camtu je) ziarah mereka berdua. Memang semenjak aku mula bertugas di perantauan ni, aku tinggalkan mereka berdua dirumah adiknya di Kedah. Sementelah pula adiknya lum pernah tengok puteri aku tu. Pun faktor jarak aku ngan mereka berdua lebih memudahkan aku mengulang sekiranya ada apa-apa yang terjadi.
Perjalanan dari 3 jam menjadi 5 jam disebabkan sesat. Aduh, aku pun x pasti camne leh sesat sedangkan aku kompiden giler jalan ke rumah adik ipar aku tu. Rugi masa aku. Sampai je umah tu, aku dah x nyempat-nyempat nak menatap wajah puteri kesayanganku tu. Haha akutengok anak aku dah makin besar. Baru mangun tido. Haha. Pandang je muka aku, dia terus senyum. Aduhhhh sebaknye rasa. Sikit pun x marah ngan aku (aku agak la). Kenal lagi dia kat aku rupanya. Itulah benda yang buat aku risau sepanjang perjalanan aku ke Kedah tu. Aku amik peluang bermanja-manja dengannya. Rindu sesangat. Jeles ummi dia. Malamnya aku bawak diorang makan-makan. Rabak RM100 duit aku. Haha. Pelaburan utk menyejukkan hati ummi dia. Kira ok la kan??? Hik hik.
Kiranya lagi seminggu aku di sini. Then leh angkut diorang balik. Atuk, nenek n makcik-makciknya pun dh x sabar nk buli dia. Oitttt, jgn buli anak aku. Siap korang nanti. Haha
Pasnih ntah tugasan ape lak menanti aku. Aku harap wife aku tu mampu bersabar melayan kesibukan aku nih. So far dia masih mampu, walaupun kadangkala menjeruk hati jugak. Nak buat camne... Sapa suh terima lamaran aku aritu. Hehe. Luv u darlinggggg...
blogger templates | Make Money Online
No comments:
Post a Comment