Friday, March 13, 2009

NASI MINYAK


Arini aku dah plan nak ke Kedah. Sahabat aku, Pak Jan nak buat kenduri menyambut menantu kat umahnya. Ikutkan hati memang x sempat nak pegi. Keje melambak. Kena tunggu post lak tu. Tapi sebab nak jaga hati punya pasai, terpaksa jugakla tutup sebelah mata kat tugas tu. Mudah-mudahan x kena bambu ngan bos aku. Cadang g ngan keta Zul. Myvi coklat yang comey. Sesuai dengan tuannya. Malangnya janji tidak ditepati tanpa sebarang makluman. Aku, Salman dan Ija dah resah menunggu. Banyak lagi keje menanti pasnih. Perjalanan bukannya seminit dua. Moga aku tidak terjebak dengan perangainya itu. Haha... mau muncung sedepa kalau dia tau aku kutuk dia. Gambo aku update balik kenduri nih insyaALlah.

Sambungan ...

Perjalanan bertukar dari dua kereta menjadi hanya satu kereta sahaja. Sekurang-kurangnya dapat jugak menjimatkan belanja perjalanan. Dengan kos minyak dan tol, at least kena ada RM100 dalam poket. Kalau x melengung jawabnya nanti. Dari pukul 12.30tgahri cadangan asal berganjak ke pukul 2.30ptg. Sampai tepat jam 5ptg. Orang dh susut time tu. Elok jugak coz xde la segan sangat nak melantak. Lepak pun leh lelama sket. X risau kalau-kalau ada tetamu perlukan tempat duduk.

Pas pekena sang pengantin 2-3 round, kita orang mohon diri pulang. Sementelah terlanjur lalu pekan Alor Setar ni, amikla peluang singgah di Radix FC. Bukan team bola tp tmpat makanan segera alternatif bg yang ingin memboikot KFC dan McD.

Mak aihhh... ramainyer pengunjung. Teruja aku dengan sambutan masyarakat Muslim pada kedai ni. Moga ada yang tergerak hati lak nak bukak outlet di Ipoh.

Sampai Changkat Jering dah kul 9.30mlm. Janji nak tengok Man U lwn Liv. Lastly tau-tau dah kena 4 bijik. Hampeh Man U. Menghampakan. Sesia berkejar cari kedai yg ada astro semata-mata nak menonton. Cheh... besh lagi team Malaysia main... Wakakaka...

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online