Sunday, March 15, 2009

MEE UDANG TIME

On ur mark ...

Get set ...

Gooooooo

Keindahan petang selepas hujan


Petang ni aku diraikan oleh Tuan Zainal atas jasa aku yang sanggup berbual dengannya. Di kala orang lain tengah sibuk dengan kerja masing-masing, aku je la yang sanggup menemankannya. Lagipun Tuan Zainal ni orang kebanyakkan. Sumanye banyak. Yang paling penting banyak duit. So bila banyak duit, otomatik dia akan ngajak aku makan-makan (walaupun aku yang offer diri ikut dia g makan).

Kata sepakat dicapai. Akhirnya Mee Udang menjadi destinasi pilihan kami. Sementelah semenjak aku berkampung di Bukit Gantang ni, aku x berpeluang lagi menghirup kesedapan mee udang yang agak popular di daerah Matang ni. Tambahan pula bila dah kuar kat Majalah 3.


Pergi bertiga bersama Ramdhan yang nak numpang sekaki. Sibuk jek.
Pantang tengok orang kuar mesti nak ngekor. Sampai ke destinasi, berderet kereta parking disepanjang jalan. Bukan satu kedai, tapi 3 kedai. Giler udang betoi diorg ni. Lagipun yang dtg memakai plet kenderaan dari luar Perak. Tu la bila dh masuk tv. Benda yang x brape sedap pun dihambat orang.

Hampir 20 minit menanti, mee udang pun sampai. Aku x larat abis udang yang berenang dalam mangkuk aku tu. So demi membalas budi, aku sedekahkan seekor sorg kat Ramdhan dan Tuan Zainal. Dan seperti biasa helah aku berjaya melembutkan hati Tuan Zainal untuk membayar minum petang kami itu. Nak tau baper jumlah untuk makan 3 mee udang disitu? RM 38. Kalau bahagi 3 jadi RM12.50 seorang lebih kurang. Otomatik kami pun menjadi cam orang giler, sama seperti org giler lain kat situ.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online