Friday, March 27, 2009

RINDU


Arinih dah masuk minggu ke-3 aku berpisah dengan isteri dan anak comelku. Demi tugas terpaksa jugaklah aku turutkan walaupun hati ni berat sangat nak berpisah. Maklumla perkahwinan aku pun baru menjangkau setahun 3 bulan. Anak perempuan comel aku tu pulak baru je nak masuk 5 bulan.

AlhamduliLlah mgu lepas aku dapat permisi (cabut lari camtu je) ziarah mereka berdua. Memang semenjak aku mula bertugas di perantauan ni, aku tinggalkan mereka berdua dirumah adiknya di Kedah. Sementelah pula adiknya lum pernah tengok puteri aku tu. Pun faktor jarak aku ngan mereka berdua lebih memudahkan aku mengulang sekiranya ada apa-apa yang terjadi.

Perjalanan dari 3 jam menjadi 5 jam disebabkan sesat. Aduh, aku pun x pasti camne leh sesat sedangkan aku kompiden giler jalan ke rumah adik ipar aku tu. Rugi masa aku. Sampai je umah tu, aku dah x nyempat-nyempat nak menatap wajah puteri kesayanganku tu. Haha akutengok anak aku dah makin besar. Baru mangun tido. Haha. Pandang je muka aku, dia terus senyum. Aduhhhh sebaknye rasa. Sikit pun x marah ngan aku (aku agak la). Kenal lagi dia kat aku rupanya. Itulah benda yang buat aku risau sepanjang perjalanan aku ke Kedah tu. Aku amik peluang bermanja-manja dengannya. Rindu sesangat. Jeles ummi dia. Malamnya aku bawak diorang makan-makan. Rabak RM100 duit aku. Haha. Pelaburan utk menyejukkan hati ummi dia. Kira ok la kan??? Hik hik.

Kiranya lagi seminggu aku di sini. Then leh angkut diorang balik. Atuk, nenek n makcik-makciknya pun dh x sabar nk buli dia. Oitttt, jgn buli anak aku. Siap korang nanti. Haha

Pasnih ntah tugasan ape lak menanti aku. Aku harap wife aku tu mampu bersabar melayan kesibukan aku nih. So far dia masih mampu, walaupun kadangkala menjeruk hati jugak. Nak buat camne... Sapa suh terima lamaran aku aritu. Hehe. Luv u darlinggggg...

Wednesday, March 18, 2009

ANAK


Lately aku tengok sangat kurang anak lelaki ni lahir. Haha bukannya pelik tapi risau. Ye lah kan antara tanda akhir zaman ni bila banyaknya lahir anak pompuan. Jap aku nak ingat sapa kenkawan aku yg dpt anak pompuan :
  • Salman - 2 anak (kedua-duanya pompuan)
  • Ija - sorang anak pun pompuan jgak
  • Faisal - sorang anak jugak pompuan
  • Firdaus - 2 anak tp sepasang (kira balance la tu)
  • Ust. Rahmat - 2 org pun sepasang
  • Roslan - 3 org (2 pompuan + sorang lelaki)
  • At - dalam proses anak sulung
  • Aleng - 4 orang suma lelaki
  • Amin - 3 pompuan (yg baru nih aku x ingat)
  • Aku - pun anak pompuan sorang
  • Abi - seorang putera
Kenkawan lain tu pun ramai gak anak pompuan. Tapi bkn close frenz aku la. Means mmg sedar x sedar ramai jugak dah anak pompuan yang lahir skang nih. Aku rasa masa dh semakin suntuk la kalau nk enjoy-enjoy lagik. Baik la aku sesket tumpu buat ibadah. At least ada jugak persiapan utk aku di dunia abadi disana nanti...

Monday, March 16, 2009

HORMAT


AlhamduliLLah pagi ni hujan turun di awal pagi. Walaupun tidak selebat yang diharapkan, namun mampu juga menyejukkan suasana yang sememangnya agak sejuk di kaki bukit ini. Bagi yang menyambung kembali pertiduran mereka, nikmat ini merupakan satu anugerah terbaik dari ALlah. Bagi yang bekerja pula, mungkin ianya satu ujian berat yang perlu ditempuh. Tidak mengapa, ayuh teruskan kerja anda. Mencari rezeki itu jugakan satu ibadah???

Ustaz Shuib Husin mengajak aku bersarapan. Suhaimi pun diajaknya sekali. Rezeki pagi nampaknya. Kalau bukan disebabkan ingin bersarapan, mungkin aku juga akan menyambung kembali pertiduran seperti sesetengah sahabat aku yang lain. Destinasi kali ini di warung yang terdapat di dalam kawasan Pasar Mini Saburthan. Sebelum ini, memang aku pernah membawanya kesana untuk mencuba roti canai warung tersebut. Bagi selera aku, roti canai warung tersebut antara yang sedap. Kena dengan selera aku. Pagi ni semua pakat tambah sekeping lagi. Mungkin kesejukan pagi menyebabkan kami makan 2 keping roti banjir seorang ataupun nafsu kami memang mcm tu??? Haha

Semalam kawan aku call mintak tolong nk print sumthing. Aku dah serba salah. Nak tolong ke idak. Aku ni x da masalah sgt nak tolong, cuma kawasan kerja aku ni memerlukan kawalan pemeriksaan yg agak ketat. Inilah masalahnya. Kawan aku ni jenis baran jugak kot. Bila ada je yang x kena mula la merungut. Mcm tu la halnya semalam. Bila diminta mengambil pas keselamatan sementara, dia berkeras nak masuk jugak. Aku terpaksa keluar bawak dia kedalam. Walaupun cara aku tu melanggar undang-undang, tapi utk mengelakkan perkara lebih buruk aku terpaksa. Masalahnya berpunca dari sikap. Kalau kita sanggup bertolak ansur dengan orang lain, ianya mampu memudahkan kerja kita dan jugak kerja orang lain. Kenapa ketika di balai berlepas Air Asia dia sanggup diperiksa, tapi bila kena kat sini berkeras pulak??? Buangla skit ego tu. Beri kerjasama. Hormati tugas orang lain. Mudah kerja. Leceh bila orang x tau nk hormat keje org ni.

Pada petugas semalam, aku mintak maapla sbb x ikut prosedur yang telah ditetapkan. Kawan aku nye salah, bukan aku. Marah kat dia ek. Hehe

MACAM RAKSASA


Ptg nih agak panas walaupun berada dikawasan paling lembab di Malaysia. Nak xnk aku trpaksa jugak melurutkan seluar sambil memakai tuala menuju ke bilik mandi. Sekurang-kurangnya panas aku boleh hilang dengan kesejukan air dari bukit ni.

Sedang enak bermandian, mata aku tertacap pada sebotol facial foam yang seakan-akan kepunyaan aku. Cuma tutupnya telah tertanggal. Ntah sapa punya kejela yang ganaz sangat ni. Penutup yang kuat pun leh tertanggal. Mungkin juga sipemakainya x pernah jumpa benda alah ni.

Belek punya belek, baru aku teringat facial foam ni mmg kepunyaan aku. Tertinggal masa mandi pagi td. Waaaaaaaaaaa.... Kejamnya makhluk yang guna facial foam aku ni. Aku x marah kalau dia nak guna. Tapi xkanla sampai tercabut penutupnya tu. Dah diluar tabi'ei manusia ni
. Macam raksasa laaa...

p/s- moral of da story, jgn berkawan ngan raksasa

Sunday, March 15, 2009

JODOH


Minggu lepas, bekas kawan kelas sekolejku di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak (2004-2006) PM aku di Yahoo Mesengger. Kebetulan aku pun dh lama x bukak YM ni kecuali baru-baru nih jek sejak Yahoo Mail perkenalkan messenger di dalam email.

Nurul Lela bt. Soaid nama kawan aku tuh. Aku suka kutuk nama bapak dia yang agak pelik sebutannya. Ala bukan bapak dia jek, ramai lagi yang lain. Mungkin kerani pendaftaran masa tu keturunan benggali.

Aku pun heran punya lama x nah nk brtanya kabar berita, baru skarang nak contact. Rupa-rupanya nak merisik alamat rumah aku. Nak kawin hujung bulan 5 ni katanya. AlhamduliLLah temu jugak jodohnya. Kat kolej dulu aku ni dikira agak fofular jugakla memandangkan aku pelajar paling tua antara mereka. So dey call me 'abg' la. Panggilan hormat aku rasa. Jangan anggap panggilan manje lak ek. Tu pasal la kot diorang bersungguh nak jemput tu.

Seingat aku, dah agak ramai gak kawan sekolej dan sekelas aku yg dh kawin. Adly, Fendy, Suhaila, Farah, Erin, Aini, Farhana dan yg terbaru si Lela ni. Yang x sangka pasangan kolej Adly ngan Aini ni bertemu jodoh gak akhirnya. Mmmm bile check balik, rupanya ramai gak yg lum kawin. Aku doakan yang belum kawin tu cpt2la bertemu jodoh.

Buat Lela, Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan aku ucapkan. Moga segala urusan berkaitan perkahwinan ini dipermudahkan ALlah. Lain-lain wish pas nikah nanti la ek

MEE UDANG TIME

On ur mark ...

Get set ...

Gooooooo

Keindahan petang selepas hujan


Petang ni aku diraikan oleh Tuan Zainal atas jasa aku yang sanggup berbual dengannya. Di kala orang lain tengah sibuk dengan kerja masing-masing, aku je la yang sanggup menemankannya. Lagipun Tuan Zainal ni orang kebanyakkan. Sumanye banyak. Yang paling penting banyak duit. So bila banyak duit, otomatik dia akan ngajak aku makan-makan (walaupun aku yang offer diri ikut dia g makan).

Kata sepakat dicapai. Akhirnya Mee Udang menjadi destinasi pilihan kami. Sementelah semenjak aku berkampung di Bukit Gantang ni, aku x berpeluang lagi menghirup kesedapan mee udang yang agak popular di daerah Matang ni. Tambahan pula bila dah kuar kat Majalah 3.


Pergi bertiga bersama Ramdhan yang nak numpang sekaki. Sibuk jek.
Pantang tengok orang kuar mesti nak ngekor. Sampai ke destinasi, berderet kereta parking disepanjang jalan. Bukan satu kedai, tapi 3 kedai. Giler udang betoi diorg ni. Lagipun yang dtg memakai plet kenderaan dari luar Perak. Tu la bila dh masuk tv. Benda yang x brape sedap pun dihambat orang.

Hampir 20 minit menanti, mee udang pun sampai. Aku x larat abis udang yang berenang dalam mangkuk aku tu. So demi membalas budi, aku sedekahkan seekor sorg kat Ramdhan dan Tuan Zainal. Dan seperti biasa helah aku berjaya melembutkan hati Tuan Zainal untuk membayar minum petang kami itu. Nak tau baper jumlah untuk makan 3 mee udang disitu? RM 38. Kalau bahagi 3 jadi RM12.50 seorang lebih kurang. Otomatik kami pun menjadi cam orang giler, sama seperti org giler lain kat situ.

Saturday, March 14, 2009

TRIMAS


Sebentar tadi Bro Cenangau dah bagi tutorial camne cara-cara nak mengindahkan lagi blog aku ni. Memang berbeza. Cam x caya jek tetiba blog aku nih berubah wajah menjadi cantik secantiknya. Gemar lak aku membeleknya walaupun dah hampir kul 3 pagi ni. Kalaula wajah aku pun boleh di touch up camni nye cantik, aku rasa kompom ct nyesal kawin ngan datuk K aritu. Wakakakaka...

So buat Bro Cenangau, trimas aku ucapkan atas jasa baik membantu mengindahkan blog aku ni. Ngantuk dah. Mau titun. Nak basuh kaki dulu. Kang ngigau bejalan lak. Haha.

Chowwww....

ZZZzzzzZZZZ


Friday, March 13, 2009

NASI MINYAK


Arini aku dah plan nak ke Kedah. Sahabat aku, Pak Jan nak buat kenduri menyambut menantu kat umahnya. Ikutkan hati memang x sempat nak pegi. Keje melambak. Kena tunggu post lak tu. Tapi sebab nak jaga hati punya pasai, terpaksa jugakla tutup sebelah mata kat tugas tu. Mudah-mudahan x kena bambu ngan bos aku. Cadang g ngan keta Zul. Myvi coklat yang comey. Sesuai dengan tuannya. Malangnya janji tidak ditepati tanpa sebarang makluman. Aku, Salman dan Ija dah resah menunggu. Banyak lagi keje menanti pasnih. Perjalanan bukannya seminit dua. Moga aku tidak terjebak dengan perangainya itu. Haha... mau muncung sedepa kalau dia tau aku kutuk dia. Gambo aku update balik kenduri nih insyaALlah.

Sambungan ...

Perjalanan bertukar dari dua kereta menjadi hanya satu kereta sahaja. Sekurang-kurangnya dapat jugak menjimatkan belanja perjalanan. Dengan kos minyak dan tol, at least kena ada RM100 dalam poket. Kalau x melengung jawabnya nanti. Dari pukul 12.30tgahri cadangan asal berganjak ke pukul 2.30ptg. Sampai tepat jam 5ptg. Orang dh susut time tu. Elok jugak coz xde la segan sangat nak melantak. Lepak pun leh lelama sket. X risau kalau-kalau ada tetamu perlukan tempat duduk.

Pas pekena sang pengantin 2-3 round, kita orang mohon diri pulang. Sementelah terlanjur lalu pekan Alor Setar ni, amikla peluang singgah di Radix FC. Bukan team bola tp tmpat makanan segera alternatif bg yang ingin memboikot KFC dan McD.

Mak aihhh... ramainyer pengunjung. Teruja aku dengan sambutan masyarakat Muslim pada kedai ni. Moga ada yang tergerak hati lak nak bukak outlet di Ipoh.

Sampai Changkat Jering dah kul 9.30mlm. Janji nak tengok Man U lwn Liv. Lastly tau-tau dah kena 4 bijik. Hampeh Man U. Menghampakan. Sesia berkejar cari kedai yg ada astro semata-mata nak menonton. Cheh... besh lagi team Malaysia main... Wakakaka...

PRAKATA


Assalamu'alaikum. Dengan Nama ALlah yang maha pemurah lagi mengasihani aku memulakan blog ini. Mudah-mudahan aku tidak terpesong dari rahmat ALlah dan mampu untuk membawa blog ini kearah kebaikan dunia dan akhirat.

Buat semua, terima kasih andai sudi berkunjung ke blog aku ni. Sekiranya ada yang menyentuh hati kalian, maaf aku pinta supaya tiada yang menuntutnya di akhirat kelak. Wassalam
 

blogger templates | Make Money Online