Wednesday, July 1, 2009

Sambungan Lagik...


Akhirnya kita bertemu kembali. Kat mana sambung aritu??? Opss ok malam time kan?


Malam Time

Malam yang cukup kutakuti akhirnya menjelma. Huhu, berdiri bulu roma aku, wa cakap u all. Tapi nak buat camne kan? Setiap kejadian makhluk dimuka bumi ni ALlah jadikan berpasang²an. Lelaki dan pompuan, tua & muda, sihat & sakit, begitu jugalah siang dan malam. Kalau salah satu xde, makanya x lengkaplah kejadian ALlah tu. Maka sebab itulah ALlah digelar Maha Sempurna.

Sufina cam biasa, x moo lekang ngan aku. Bile ngobak jek mula le depa tangan carik aku. Sebelum nih time umi dia ada eksyen bebeno ngan aku. Hah skang rasakan. Akulah yang berkuasa. Hua hua huaaaa (gelakku dalam hati). Tapi sebenornya aku sedih melihatkan keadaan anakku itu. Bagai anak yang hilang kasih sayang. X terurus jek aku tengok muka dia. Klu tgk muka opah n makcik² dia lagik laaa. Sememeh jek. Haha

Bekalan susu mentah dari uminya aku jadikan bekalan peneman malam nanti. Harapnya dia leh la minum. AlhamduliLlah dengan kepakaran yang Mak Su dan Mak Langnya ada, dia berjaya ditidurkan. Bukan cam ahli gusti WWF tuh. Tapi dengan sikit hentakan peha yang memerlukan kekuatan 5 ekor badak berendam. Mak Tehnya hanya memerhatikan dengan penuh sayu kerna peha Mak Tehnya x cukup panjang walaupun terlebih berat. maka otomatik spring yang ada dalam otot peha Mak Tehnya itu tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Heh heh...

2 jam pertama, nafas aku bagai disekat². Aku rasa bukan nafas aku jek, malah kesemua makcik dan opah yang tido berkelah diruang hadapan rumah tu jugak. Bukan apa, takut bunyi helaan nafas kami tuh didengar oleh Sufina. Haru weh, bernapeh curik² ni. Nyaris² x kena serangan jantung berkulat. Nampak gayanya taktik tu menjadi.

Kusangka panas hingga kepetang

Rupa²nya taktik tu hanya berjaya bertahan 2 jam lebih sket. Aku terlupa pe'el Mak Tehnya yang suka berkomunikasi time tido. Ianya berjaya membuatkan Sufina tercari² arah suara dan dengan siapa Mak Tehnya bersembang. Aduhhhhh... aku trpacak 180 darjah. Jeng jeng jenggg, ujian seterusnya aku kena hadapi. Baru leh kata pejuang berani mati.

Esakan sayu bersambung dengan esakan nyaring lagi garau. Special made by Sufina. Haha, merdunya suara dia time malam² sunyi tu. Aku gabra, tapi aku cuba buat dunno. Mana taukan kot² Sufina pun spesis yang sama cam Mak Tehnya. Namun ianya bertukar menjadi lalakan yang nyaring. Hampir mencecah 200 desibel (ukuran bagi bunyi).
Power tuh. Nyaris JPJ x wat operasi bunyi malam tuh. Hik hik

Nak xnak aku bingkas bangun memanaskan air sambil mengeluarkan bekalan susu mentah yang dikirim oleh isteriku. Ntah ada jampi serapah sekali ke x, aku x tau. Yang penting sediakan dulu bahan² tu. Air panas siap je, aku rendamkan botol susu kedalamnya. Bagi susu tu suam sket. Bebudak kecik mana leh minum ais. Dah suam aku angkat, aku test masukkan dalam muncung bibir Sufina. Haha ditolaknya dengan lidah. Terkulat² aku dan geng² yang tido berkelah kat depan tu. Last resort, aku trpaksa gunakan sudu plastik kecil suapkan kedalam mulutnya. AlhamduliLLah berjaya walaupun kuantiti susu yang masuk dalam mulutnya agak sikit. Kira ok la buat permulaan.

Malam yang panjang

Memang malam pertama Sufina tido tanpa uminya terasa teraaaaamatlah panjang. Aku rasa cam 2 hari menunggu. Akhirnya dengan bantuan Mak Su dan Mak Langnya sekali lagi, Sufina berjaya ditidurkan buat kali ke-2. Aku pun x dapat nak agak apa yang akan menanti aku selepas ini. Lebih baik aku tido dari memikirkan benda² yang menakutkan ni...

bersambung lagikkkk weh

 

blogger templates | Make Money Online