skip to main |
skip to sidebar
Maap le teman ucapkan. Lama bebenor nak tunggu sambungan citer aku nih. Hehe, sapa suh follow. Kan dah nyesal. Ihik ihik...
Ok, tanpa memanjangkan masa, aku sambung. Hmmm tang mana ek aku berenti aritu? Jap nk check balik...
Ok, maka bermulalah kehidupan isteriku yg tercinta sebagai pesakit kelas ketiga. Kerna apa? Kerna dapat wad yang penuh, hiruk pikuk dan segala mcm jenis penyakit ada kat situ. Tu pun nyaris ada katil. Kalau kena duk kat lantai cmne? Iskk ngeri aku.
Betapa aku cuba membayangkan bagaimana agaknya kalau kehidupan aku nih mewah, sebagaimana tokeh² yang dapat duk kat wad mahal² tu. Iskkk, aku rasa x syok la cmtu. Satu sudut mungkin ada privacy, tapi sudut yg lain kita x da peluang nak bergaul ngan ramai pesakit. Xdak jiran la lebih kurang. Camna nak berdakwah camtu. Jenuhhhh...
Tambahan lak isteri aku nih jenih yang ramah orangnya, walaupun penakut yang lebihnya. Opss aku terkutuk bini senirik. Klu dia tau kompom aku kena soundnyer. Ayat biasa dia, x baik kutuk bini senirik ...
Check In
Isteri aku check in jam 4 petang hari Selasa 9 Jun 2009. Itupun dah bertangguh. Patutnya kena masuk jam 12tghari pas dpt keputusan ujian darah tu. Tapi mengenangkan puteriku tersayang ada kt umah, trpaksa gak balik jenguk dia dulu. Klu x mau jadi cam time aku g Kedah dulu.
Sungguh pn. Badannya panas sket. Pas inject susu uminya dlm badan, barula suam² kuku. Kebah sket. Aduhhh, aku maleh nk pikir situasi yang trpaksa aku tanggung sepanjang isteriku berada dalam wad nanti. Doc pun x bgtau brape hari penginapan yang telah 'dimenangi' oleh isteriku itu. Gaya kurang lebih cam sakitnye tu pelik. So mungkin lama. Bersedia je la. Huhu...
Petang sampai pas maghrib aku angkut keluargaku trmasuk puteri tersayang tu ke spital. Walaupun ada amaran virus H1N1, namun aku trpaksa. Kalau x ngobak la sikecik tu. Dah puas uminye menetekkan dia, aku trpaksa mohon diri berpisah buat sementara waktu. Isteriku apa lagiii, tension semcm jek. Nyarih dia x paut kaki aku nak ikut. Kalau x leh buat drama sebabak kot. Ekeke...
Malam time...
Hah, saat yang ditunggu telah tiba. Apa dia? Tunggu sambungan berikutnya. Aku dah maleh nak menulis...
Salam 4 all...
Agak lama aku x update blog ni. Saja aku lengah²kan. Biar org rindu dan tertunggu² apa citer aku selepas ini, dan lagi...dan lagi...
So malam ni aku terpanggil menziarahi lama blog aku yg cute miut nih. AlhamduliLLah aku diberi ilham oleh ALlah SWT bagi menulis hari ini. Setidak²nya blog aku nih kembali bernyawa untuk terus bernafas dialam maya ini. Syukur buatmu ALlah, kerna masih terus²an memberikan rezki kepada kami untuk menghirup udara yang diberikan secara percuma, tidak seperti line broadband TM Stremyx nih. Kedekut nye TM. Kan dah kena maki...
Alkisahnya, ari ini genap hari ke-6 isteriku yg tercinta menginap di asrama pesakit Hospital Raja Permaisuri Bainun (walaupun aku lebih menyenangi nama Hospital Besar Ipoh). Apa sakitnya? Ntah aku masih tidak tahu punca penyakitnya. Yang aku tau, bukan aku seorang je yang bodoh untuk tahu asbab penyakit isteriku ini, malah para doktor pakar pun sama. Nah, begitu indah kejadian manusia bukan? Namun masih ada yang berbangga² dengan status yang ada pada diri mereka. Seperti 'jaga' yang membesarkan raja² tempohari. X pasal² kena sound nganaku. Silap aku, yang kena mereka. Maafkan aku para 'jaga' suma. Aku bermasalah aritu...
Untuk lebih mendalami sakit yang dideritai isteri aku, aku uruti kronologinya mulai dari masa dia masih mengandungkan anak sulung aku, sang puteri yang comel dan sudah pandai menjerit nyaring ala² Susan Boyle tuh. Huh, x sedap langsung.
Tika mengandung, isteriku ini adalah seorang yang amat pandai mengelak bila disuruh menelah dadah yang diberi oleh para doktor klinik kesihatan ibu mengandung. Strateginya acapkali membuatkan aku umpama dipukau. Hinggalah kelahiran anakku ini, dia masih 'laeh' (kata org Perak). Kesannya, badannya mulai berbekas lebam. Aku sangkakan ianya normal bagi ibu yang melahirkan anak. Sementelah pula isteriku itu x amik port langsung. Aku pun senyapkan je. Namun terkadang ada juga ngomelan gatal dan sakit kepada lebam yang hinggap ditubuhnya itu. Aku kesiankan je la. Nak ajak g jumpa doktor punyala payah. Cam la doktor tu dari spesis kannibal.
Tangguh punya tangguh, hinggalah dia terpaksa mendapatkan laporan perubatan yang mengesahkan dia sihat bagi membolehkan dia menyambung kembali kelas KPLI Prasekolahnya yang tertangguh kerana mengandung dahulu. Bukan lama, satu sem bersamaan 6 bulan je lagi.
Mengambil kesempatan bertemu dokotor tersebut, aku yakinkan dia untuk menceritakan masalah yang dihadapi berkaitan lebam² dibadannya itu. Doktor mengarahkan darah isteriku diambil buat sampel untuk dihantar kemakmal. Dan x sampai 24jam dari ambilan sampel darah isteriku itu, doktor tersebut memanggil isteriku kembali ke kliniknya. Seingat aku, aritu aku berada diluar kawasan kerna tugas. Doktor memaklumkan 'pletlet' darah isteriku kritikal kurangnya. 30 dari jumlah 150 yg sepatutnya. Doktor tersebut mengeluarkan surat rekemen utk dirujuk ke Klinik Pakar HBI.
Kamudian selang 2 hari kemudian aku membawanya ke Klinik Pakar tersebut. Malangnya, jadual temujanji sudah padat. Tarikh yang kosong hanyalah pada 29 Jun 2009. Aduh, setelah merayu dan menerangkan kepada staf bertugas bahawa tarikh tersebut isteriku sudah memulakan kembali pengajiannya yg tertangguh dahulu. Akhirnya dapat 9 Jun. Ok la jugak.
9 Jun aku bersiap, meninggalkan puteri tersayang bersama opah dan makciknya. Isteriku disuruh membuat ujian darah sekali lagi, yang keputusannya boleh didapat dalam masa kurang 30 minit. Sekali lagi hasil ujian tersebut menunjukkan 'pletlet' darah isteriku semakin menurun sehingga ke jumlah 7. Sungguh merisaukan. Doktor pun cuba carik masalah penyakit isteriku ini. Kesemua tanda² yang terdapat pada penyakit ini tidak dialami oleh isteriku. Kalau x silap, antara sakit yang sinonim dengan kejadian isteriku ini ialah Demam Denggi. Mahu x mahu isteriku terpaksa ditahan diasrama penuh HBI. Siap dapat uniform hijau lagik. Sah orang PAS.
Aduhhhh, aku diserang kerinduan. Malas nk sambung. Nanti je la. Huhu
So nantikan sambungannya...
blogger templates | Make Money Online