skip to main |
skip to sidebar
Hari Ahad yang baru nih merupakan hari giler aku. Mana idaknye, aku menempuh satu perjalanan yang sangat lama. Giler x gile, hampir 18 jam aku berada di atas jalan. Bermula dari Melaka, rumah mentuaku, aku mulakan perjalanan dengan bacaan BasmALlah dan doa naik kenderaan. Mohon ALLah mudahkan perjalananku bersama isteri, puteriku dan adik iparku. Mula bertolak jam 8 pagi, terus ke hospital Melaka dulu bagi menziarahi mentuaku sebelum balik. Selesai je, aku memulakan perjalanan kembali. Kali ini ke Slim River untuk mengambil kawan adik iparku dirumahnya. Sarapan x amik lagi. So aku amik keputusan berhenti di RnR Seremban. Nyaris para penumpangku tidak banyak songeh. Kalau x kompom kena tinggalnya.
Settle sarapan, aku teruskan kembali menuju ke Tol Sungai Besi. Malangnya pas kuar Tol tu, aku salah masuk simpang. Dari membayar Tol lain yang cuba mencekik darahku yang memang kurang ni, aku terpaksa memilih exit ke Kg. Kerinchi menuju ke Jalan Lembah Pantai. Dah alang-alang masuk ke pusat bandar tu, adik iparku memintaku singgah dimana-mana outlet Pizza Hut utk dijadikan buah tangan keluarga kawannya itu. Pusing nye pusing, hampir sejam mencari outlet Pizza Hut dalam pusat bandar tu. X jumpa??? Peliknya. Lastly adik iparku ajak ke The Mall, kat Jalan Putra berhadapan PWTC, tempat kebiasaannya hang out. Cheh ayatttt...
AlhamduliLLah mmg ada pun Pizza Hut kat situ. Sambil menunggu pizza nye siap, aku merehatkan diri. Terbayang perjalanan yang jauh menanti. Cuaca memang terang benderang yang amat sangat. Tiada tanda-tanda akan hujan mahupun awan mendung menemani perjalanan aku nanti. Haha, padankan muka.
Sampai di Slim River, jam hampir ke pukul 1. Familynya dah siapkan makan tghari. Adik iparku mengambil kesempatan menyegarkan badan mandi disitu. Aku tunggu kat RnR je la. Segan. Kul 2 bertolak kembali kedestinasi seterusnya, rumah aku di Ipoh. Pertengahan jalan singgah di RnR Tapah solat jamak Takdim. Setelah memenuhkan tangki minyak, perjalanan diteruskan. Sampai di Ipoh hampir jam 5 ptg. Isteriku mandi, sementara aku berehat sebentar melepaskan lelah perjalanan. Puteriku kembali bertenaga. Sekiranya dia tau dia bakal ditinggalkan sebentar lagi, aku rasa pastinya tenaganya makin bertambah untuk melalak sekuat-kuatnya. Haha.
Memang aku dah buat keputusan untuk meninggalkan puteriku dirumah memandangkan tubuhnya yang kecil itu masih belum mampu menampung keletihan perjalanan yang bakal disambung sebentar tadi. Walaupun keberatan, isteriku terpaksa juga bersetuju memandangkan dia x mo ditinggalkan bersama puterinya itu. Kemaruk nak berjalan la tuh. Hik hik hik...
Kul 6 dah ada kat atas hiway. Kali ini, destinasi diteruskan ke Jitra. Antor adik iparku balik. Esok dia nk keje. Kalau x balik, berjawab dia ngan bos. Aku x leh nk tlg yg tu. Tlg antor leh arr.
Kat RnR G. Semanggol aku stop jap carik Livita. Ngantuk dah maiii... Isteriku dah tersengguk-sengguk. Passenger 2 org kt blakang tu dh out aku tgk. Pas teguk Livita, tenaga kembali hadir. Straight sampai ke Sg. Petani (S) nak tuang minyak. Kena kuar TOL. Ingat sempat sampai ke RnR Gurun. Niat jamakkan solat takhir. Terus pecut ke Jitra sampai jam 9 malam. Kunci umah sewa adik ipar lak tinggalkan kat umah jiran. Jiran leh kuar g pasar malam lak. Tunggu 30mnt. Adoiii buang masa tol. Isteriku kali ni lebih banyak berdiam diri. Mungkin melayan perasaan mengenangkan puteri kesayangannya tu. Maklumla x nah berenngang. Menyusu badan lak tu. Macam-macam yang masuk dalam peti otaknya tu. Aku maleh nak beratkan lagi perasaan dia. Stay cool...
Mandi dan solat, aku trpaksa bergegas pulang ke Ipoh. Takut terlewat sangat. Kali ni isteriku dah terlena. Ngantuk sangat. Jap-jap trjaga duk ingatkan aku berenti kalau ngantuk. Aku just stop kat RnR Juru jek. Cari Livita lagi skali. Terus pecut ke Bkt. Gantang. Kali ni ngantuk yang amat sgt. Mintak isteriku kejutkan 5 minit. Last-last terbabas sampai 30mnt. Hadoiiii, kantoi lagi. Isi minyak, terus pecut. Sampai TOL Jelapang dah kul 2. Sampai kat umah hampir kul 3pg. Aku kira-kira hampir 18jam perjalanan aku arinih dan hampir 800km aku mengembara. Patutla penat giler.
Sampai je kat umah, barula aku tau. Upernyer puteri kesayanganku demam. Terkejut kene tinggal gamaknya. Isk isk isk. Opah ngan makcik-makcik dia (mak ngan adik beradik pompuan aku la) siap nangis tgk dia. Isk isk iskkk. Siannya. Memang badannya panas aku rasa. Pas isteriku suapkan susu, otomatik panasnya menurun. Kebah terus. AlhamduliLlah memang menakjubkan. Payahla kalau isteriku nak sambung blaja kat maktab pasnih. Huhu, jenuh nak cari idea nih.
blogger templates | Make Money Online