skip to main |
skip to sidebar
AlhamduliLLah arinih aku dah selesai menunaikan tanggungjawab seorang ayah terhadap anak yang berumur 5 bulan. Cucuk 3 serangkai untuk puteri tersayang itu telah selesai sebentar tadi. Mujur jugak puteriku itu dalam keadaan mamai @ mengantuk. So kerja menanam jarum kedalam badannya berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini (menjerit la)
Sebelum ini, ketika aku bawak dia untuk cucuk kali ke-2, jeritannya amat nyaring sehinggakan menganggu emosi uminya yang sememangnya takutkan jarum. Haha, berderau darah umi dia. Macam di sakat penunggu busut lagaknya. Isk isk iskkkk... Aku jugak la yang jadi hero.
Walaupun cucuk mencucuk nih mempunyai banyak pertikaian, aku gagahkan jugak untuk buat kerna tidak mahu menjawab dengan isteriku di kemudian hari nanti. Lagipun dia dah banyak bagi aku pelepasan untuk kerja-kerja aku yang amat sibuk, sehinggakan masa untuk mereka anak beranak menjadi teramat terhad. Untuk menghiburkan hatinya, aku bawak la puteriku itu keklinik menunaikan tanggungjawab sepertimana sebahagian besar anak-anak yang berumur 5 bulan kebawah.
Berat puteriku skarang sudah mencecah 5.5kg, manakala tingginya pula dah menjangkau 66m. Pasni bila uminye nak sambung masuk maktab meneruskan pengajian KPLInya yang tertangguh aritu, aku dah mula penin kepala. Bagaimana nak ku uruskan puteriku ini memandangkan dia menyusu badan sepenuhnya. Haha, len kali pikir laaaaa...
blogger templates | Make Money Online